KITAR SEMULA

PENGENALAN
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air ( dari tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan ".
⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪
Bahan-bahan yang boleh dikitar semula
Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih. Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah. Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik biasanya tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang membawa kepada pencemaran.
Kaca
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.
Logam
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam tersebut
Plastik
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.
⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪
ula
Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?
1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.
2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).
3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.
4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.
5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.
6) Menjana pendapatan dengan mudah.
7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.
8)
Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu
seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.
9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.
10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.
⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪
Aktiviti Kitar Semula
⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪
Berita Kitar Semula (keratan akhbar)
⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪
Laporan Pertandingan
LAPORAN PERTANDINGAN
KITAR SEMULA
LAPORAN PERTANDINGAN
AMALAN LESTARI KITAR SEMULA
Nama Pertandingan:
Kempen Kitar Semula 2018
Pengenalan Pertandingan
Nama Pertandingan:
Kempen Kitar Semula 2018
Pengenalan Pertandingan
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah.
Antara aktiviti yang dipertandingkan di bawah program ini adalah
Program Kitar
Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar
sekolah dan rumah warga sekolah
Matlamat Pertandingan
Menjadikan warga SjKT CANTUMAN CHAAH sedar dan bergiat aktif
dalam program amalan lestari dan lestari hidup.
Objektif Pertandingan
I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.
II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga
sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
Faedah Pertandingan
I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti
penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam
sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.
III. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.
IV. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan
barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.
Pihak Pelaksana Pertandingan Amalan Lestari Kempen Kitar Semula
PIBG SJKT CANTUMAN CHAAH, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian
Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, dan AJK Sekolah Lestari.

Strategi Pelaksanaan
1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua
murid semasa gerak gempur pagi.
2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah
tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan
kitar semula terbanyak dan berkesan.
4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara
aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini
5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.
6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas
agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar
semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas

Bahan-bahan kitar semula yang kreatif💚
![]() |
Mencipta pasu bunga dengan menggunakan botol yang tidak guna |
![]() |
Mereka beg tangan dengan sumber kotak yang tidak pakai |
![]() |
Menghasilkan bekas untuk menyimpankan pensel warna dengan menggunakan botol plastik |
![]() |
Membuat tong kitar semula de |